Hari ini kami akan kongsikan dengan anda semua satu resepi yang sangat senang iaitu Resepi Brownies Kukus Pandan Enak Mudah. Resepi ini sangat senang dan bahan-bahan untuk membuatnya juga sangat senang unutk diperolehi.

Selalu kan, kalau petang-petang, jiran-jiran selalu je datang rumah nak bersembang pasal itu ini kan. Pastu kita hidangkan air je kan sebab tak tahu nak masak apa kan. Anak-anak pun suka beli makanan ringan yang tak berkhasiat untuk jadikan makanan sampingan kan.

Apa kata harini, kita buat juadah sampingan untuk anak-anak dan jiran-jiran yang datang ke rumahkan. Kebiasaannya brownies ni dibuat berperissakan coklat je kan. Betul tak? Hari ini kita buat sedikit kelainan iaitu brownies pandan.

 

 

Resepi Brownies Kukus Pandan Enak Mudah

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 4 butir telur
  • 150 gr tepung terigu
  • 100 gr gula asir
  • 100 ml susu cair
  • 100 ml minyak sayur
  • 1 sdm ovalet
  • Coklat putih secukupnya
  • Pasta pandan

 

Cara-cara Memasak:

  1. Masukkan telur, gula pasir dan ovalet ke dalam bekas adunan. Kemudian mixer kan sehingga kembang dan menjadi putih.
  2. Kemudian masukkan coklat putih yang sudah diparut dan tepung terigu. Adukkan seketika supaya sebati.
  3. Kemudian masukkan minyak sayur dan kacau terlebih dahulu supaya sebati. Kemudian masukkan pewarna pandan dan gaulkan supaya warna sekata. Kepekatan warna mengikut citarasa masing-masing.
  4. Apabila sudah sebati, masukkan kedalam loyang yang disapu mentega. Bentuk loyang mengikut citarasa masing-masing.
  5. Kemudian kukuskan selama 30 minit sehingga masak. Kemudian keluarkan dari periuk kukusan. Tambahkan topping dengan mentega dan keju parut(mengikut citarasa).
  6. Kemudian potong mengikut selera masing-masing. Siap untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba. Cuba jangan tak cuba. Belum cuba belum tahu.

Tonton video ini untuk mengetahui langkah-langkah penyediaannya:

 

Kredit resepi: Bunda Cinta

4/5 (1 Review)
(This post has been visited 23 times!)