Petang-petang korang masak apa untuk minum petang? Ke korang semua minum air je? Sebelum tu, mesti ada yang duk tanya apa lah alpukat ni kan? Alpukat ni adalah buah avocado. Kalau korang rasa brownies lapis puding alpukat ni, rasa dia memamg sedap. Sebab apa tau, sebab luar dia lembut-lembut puding dan kat tengah dia manis-manis brownies gitu. Satu kombinasi yang sangat baik dan confirm keluarga anda terpikat. Resepi seperti dibawah yee semua.

Berikut merupakan resepi untuk membuat brownies lapis alpukat

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

Bahan Brownies:

  • 3 sdm tepung terigu
  • 3 sdm gula pasir
  • 3 sdm santan
  • 3 sdt coklat bubuk
  • 3 sdt coklat bubuk oreo
  • 1 butir telur
  • 1/2 sdt soda kue

Bahan Puding:

  • 100 gr gula pasir
  • 1 buah alpukat (avocado) (350 gr)
  • 1 bks agar2 warna putih
  • 200 ml santan
  • 2 butih telur
  • Pewarna makanan

 

Cara-cara memasak:

Untuk brownies:

  1. Campurkan telur, gula dan soda kuih. gaulkan hingga gula larut. Masukkan semua bahan tepung, santan, serbuk orea dan serbuk coklat. adunkan sehingga sebati.
  2. Apabila sudah sebati, masukkan ke loyang. kukuskan selama 15 minit. Bila sudah masak, keluarkan dan diamkan.

Untuk puding

  1. Mixer kan putih telur dan 2 senduk makan gula sehingga gebu. Haluskan buah alpukat. Rebuskan dulu santan, agar-agar dan gula. Tambahkan pewarna.
  2. Bila sudah mendidih, angkat dan tuangkan kedalam adunan putih telur yang sudah gebu. Masukkan juga buah alpukat yang sudah dihancurkan.
  3. Mixer sehingga sebati. tuang ke loyang separuh dan letakkan brownies. Tuangkan lebihan puding sehingga menutupi seluruh brownies.
  4. Diamkan atau simpan didalam peti sehingga puding agak keras. potong mengikut citarasa masing-masing kemudian siap untuk dihidangkan.

 

Semoga berjaya dan selama mencuba. Cuba jangan tak cuba. Belum cuba belum tahu.

Tonton video di bawah ini untuk cara-cara penyediaannya:

 

Kredit resepi: Bunda Cinta

4/5 (1 Review)
(This post has been visited 72 times!)