Brownies adalah sejenis kek yang sekarang ini menjadi kegemaran ramai. Dengan potongan dan corak yang begitu menarik brownies mudah disediakan dan memudahkan orang ramai untuk memakannya. Disini merupakan resepi brownies mawar yang menggunakan bekas acuan mawar untuk membentuk kek yang menyerupai bunga mawar.

 

Bahan-Bahannya adalah:

  • 100 gr gula pasir
  • 100 gr tepung terigu
  • 2 sdm coklat bubuk
  • 2 butir telur
  • 1/4 sdm SP
  • 1 sdm pasta mocca
  • 1 sdm susu kental manis
  • 100 ml minyak sayur
  • 100 ml santan kara

 

Cara-caranya:

  1. Pecahkan telur satu persatu ke dalam bekas yang disediakan.
  2. Kemudian masukkan gula pasir dan SP kedalam bekas yang mengandungi telur.
  3. Kemudian masukkan sesudu makan susu kental manis dan sesudu senduk makan pasta mocca
  4. Kacau semua bahan tersebut sehingga kental dan bertukar menjadi warna putih.
  5. Seterusnya, tambahkan tepung terigu dan santan kara, kacau perlahan
  6. Tambahkan tepung coklat dan minyak sayur dan kacau sehingga rata
  7. Selepas sudah rata, masukkan acuan ke dalam bekas acuan yang telah disediakan
  8.  Acuan sedia untuk dikukus
  9. Kukus acuan sehingga 20 minit
  10. Keluarkan brownies yang sudah siap dikukus dari bekas acuannya
  11. Sedia untuk di makan.

 

Tonton video dibawah untuk langkah-langkah penyediaannya:

Semoga berjaya dan selamat mencuba.

Kredit resepi Bunda Cinta

 

5/5 (1 Review)
(This post has been visited 9 times!)