Hai semua, hari ni saya ingin berkongsikan resepi brownies muffin choco tanpa menggunakan mixer tanpa menggunakan oven. Muffin adalah menu yang sesuai jika di buat hantaran di hari pertunangan atau pernikahan. Lepas ni tidak perlu membuat tempahan dan boleh buat sendiri dirumah. Di bawah saya sediakan “resepi brownies muffin choco no mixer no oven”.

Bahan yang diperlukan adalah:

  • 250 g tepung terigu (All purpose flour)
  • 200 g gula halus
  • 50 g coklat bubuk
  • 50 g susu bubuk
  • 100 g margarin cair
  • 50 ml minyak sayur
  • 250 ml susu cair
  • 2 sdt baking powder
  • 1 sct panili garam + chocochip + coklat batang secukupnya

Cara- caranya

  • Campur tepung dengan gula halus,panili, garam, baking powder, susu bubuk dan coklat bubuk
  • Gaul sehingga sekata
  • Kemudian campur minyak sayur dan margarin ke dalam susu cair
  • Tuangkan ke bahan kering yang sudah di campur tadi dan gaul hingga sebati.
  • Kemudian tuang sedikit ke dalam sarang, jangan tuang sampai penuh kerana ingin letak coklat bar.
  • Setelah diisi dengan coklat bar tuang lagi hingga coklat bar tenggelam terakhir sekali taburkan chococip
  • Kemudian kukus selama 20 minit dan siap

Selamat Mencuba.

Tonton video dibawah untuk langkah-langkah selanjutnya:

Kredit resepi Bunda Cinta

5/5 (1 Review)
(This post has been visited 50 times!)