Adakah anda penggemar brownies muffin?? Terdapat banyak jenis brownies muffin yang boleh dibuat sendiri atau didapati di kedai-kedai kek. Ada yang menggunakan telur sebagai bahan membuat brownies, dan ada juga yang tidak menggunakan telur. Berikut adalah resepi untuk membuat brownies muffin tanpa menggunakan telur dan mixer.

Bahan-Bahannya adalah:

  • 100 gr gula halus
  • 125 gr tepung terigu
  • 50 gr susu bubuk
  • 50 gr mentega
  • 100 ml susu cair
  • 100 ml minyak sayur
  • 1 sdm baking alpina
  • chocochip secukupnya

Cara membuatnya:

  1. Siapkan semua bahan yang diperlukan untuk proses pembuatan brownies muffin.
  2. Masukkan tepung terigu, susu bubuk, gula halus, baking alpina, susu cair, minyak sayur dan mentega yang sudah dicairkan. Lalu, kesemua bahan diaduk hingga bercampur rata dan sebati.
  3. Kemudian, masukkan perwarna makanan dan aduk hingga warna menjadi rata.
  4. Masukkan adunan yang sudah siap diaduk kedalam acuan.
  5. Setelah itu, ias brownies tersebut dengan sedikit chocochip chip. Kukus selama 15 minit.
  6. Keluarkan brownies dan siap untuk dihidangkan.

Semoga berjaya dan selamat mencuba.

Tonton video dibawah untuk langkah-langkah penyediaannya:

Kredit resepi Bunda Cinta

4/5 (1 Review)
(This post has been visited 21 times!)