Hari ini kami akan kongsikan bersama anda Resepi Cemilan Samosa Isi Sayuran dan Daging Ayam. Cara memasaknya sangat senang dan bahan-bahan juga senang untuk diperolehi.

Kebiasaannya kita dengar samosa yang berinitkan ubi kentang yang sudah dimasak atau berintikan isi ikan yang digoreng terlebih dahulu. Kali ini kami bawawkan sedikit perubahan dalam cara memasask samosa iaitu berintikan daging ayam.

Cemilan samosa ini sangat sesuai untuk dijadikan juadah minum petang bersama keluarga tercinta.

Resepi Cemilan Samosa Isi Sayuran Dan Daging Ayam

Bahan- bahan yang diperlukan adalah:

  • Bucis
  • Wartel
  • Daging ayam
  • Bawang prei
  • Bawang daun
  • Daun saledri
  • 1 sd gula pasir
  • Sejemput garam
  • 1 sachet masako ayam
  • 1 sachet kunyit bubuk
  • 1 sachet lada bubuk
  • 1 sachet jintan bubuk
  • 6 Siung bawang putih
  • 4 siung bawang merah
  • Jabe secukupnya
  • Kulit pangsit
  • Sedikit tepung tapioka

 

Cara-cara Memasak:

  1. Rebuskan bucis, wartel dan daging ayam sampai layu untuk bahan isian. Kemudian angkat dan toskan.
  2. Untuk selanjutkan, hiris-hiris kecil bawang prei, bawang daun, daun saledri untuk bahan bumbu. Potong-potong juga bahan isian yang direbus. Tumiskan dulu bahan isian dan bahan bumbu.
  3. Masukkan sejemput garam, 1 sachet masako ayam, 1 sachet kunyit bubuk, 1 sachet lada bubuk dan 1 sachet jintan bubuk. Goreng sehingga matang.
  4. Kemudian ambil kulit pangsit yang dipotong dua. Isikan dengan bahan isian yang sudah siap digoreng. Lipatkan supaya berbentuk segitiga. Sapukan tepung yang dicampur air supaya hujungnya lekat.
  5. Kemudian gorengkan sehingga warna kuning keemasan. Kemudian angkat dan toskan minyak. Siap untuk dihidangkan untuk anda seisi keluarga.

 

Selamat Mencuba. Cuba jangan tak cuba. Belum cuba belum tahu.

Tonton video di bawah untuk langkah-langkah selanjutnya:

 

Kredit resepi: Bunda Cinta

4/5 (1 Review)
(This post has been visited 20 times!)