Indomie adalah sejenis jenama mi goreng segera yang dikeluarkan dari syarikat di Indonesia. So bagi sesapa yang nak cuba resepi ini anda boleh menggunakan apa sahaja jenis mi goreng segera yang terdapat di tempat anda. Berikut merupakan cara-cara untuk membuat indomie kuah pedas:

 

Bahan indomie kuah pedas:

  • 1 bungkus indomie
  • Sawi hijau dan tauge
  • Cabe rawit
  • 1 butir telur
  • Kecap manis
  • Saos
  • Bawang goreng

Caranya:

  1. Untuk memasak telur, panaskan air dan kacau membentuk pusaran jangan sampai mendidih
  2. Seterusnya panaskan air sehingga mendidih, masukkan sayur dan masukkan mi indomie
  3. Setelah mi siap dimasak, angkat menggunakan penapis dan masukkan ia ke dalam mangkuk yang telah berisi perencah
  4. Letakkan telur yang dimasak tadi diatasnya
  5. Untuk kuah, masukkan air panas dan masukkan kicap manis dan sos pedas serta masukkan sekali bawang goreng.

Selamat mencuba, semoga bermanfaat.

Tonton video ini sebagai panduan untuk memudahkan anda :

Kredit Oleh : Mama Adeeva

 

5/5 (1 Review)
(This post has been visited 16 times!)