Berikut adalah Resepi Kerepik Bayam (peyek bayam) yang renyah. Resepi ini sangat senang dan bahan-bahannya juga senang untuk diperolehi.

Anak-anak anda yang tidak suka sayur pun pasti akan menyukainya. Sesuai disajikan bersama nasi atau juadah sampingan semasa minum petang.

 

Resepi Kerepik Bayam

Resepi Kerepik Bayam

Bahan yang diperlukan:

  • Seikat bayam diambil daunnya aja
  • 100 gr tepung beras
  • 2 sdm tepung tapioka
  • 200 ml air
  • 1 bungkus santan kara 65 ml
  • 2 siung bawang putih
  • 2 buah kemiri dan 1 ruas kencur
  • Sedikit ketumbar
  • Garam, lada bubuk dan kaldu bubuk secukupnya

Cara-cara Memasak:

  1. Tumbuk halus ketumbar, bawang putih, kemiri, kencur dan garam. Kemudian masukka  kedalam air. Masukkan santan kara, garam, kaldu bubuk dan lada bubuk. Kacaukan sehingga sebati.
  2. Masukk tepung tapioka dan tepung beras. Gaulkan sehingga sebati semu bahan-bahan.
  3. Celupkan daun bayam kedalam adunan dan gorengkan sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyak. Siap untuk dihidangkan.

 

Selamat mencuba. Cuba jangan tak cuba. Belum cuba belum tahu.

Tonton video ini sebagai panduan untuk memudahkan anda:

Kredit Oleh : Mama Adeeva

5/5 (1 Review)
(This post has been visited 20 times!)