Kolak biji salak merupakan salah satu makanan tradisional yang menjadi kegemaran ramai dengan menggunakan ubi kayu sebagai bahan utamanya. Anda tertarik untuk mencuba membuatnya sendiri? Berikut adalah resepi kolak biji salak.

Bahan untuk biji salak dan kuahnya :

  • 250gram ubi dikukus
  • 125gram tepung sagu
  • 1000ml air
  • 100gram gula pasir
  • 2 sdm tepung maizena
  • 150gram gula jawa
  • Selembar daun pandan
  • 1/2 sdt garam

Bahan untuk kuah santannya :

  • 1 bungkus santan kara 65ml
  • 300ml air
  • Selembar daun pandan
  • 1/4 sdt garam dan 1/4 sdt vanilla

Cara memasaknya:

  1. Sediakan semua bahan yang diperlukan untuk memasak kolak biji salak.
  2. Kuah santan: Masukkan air, santan, daun pandan dan garam. Kacau, masak santan sampai mendidih dan naik bau aroma daun pandan.
  3. Biji salak dan kuahnya: Lenyek ubi yang sudah direbus. Masukkan tepung sagu dan garam, lalu diaduk sampai bercampur rata. Setelah itu, bulat-bulatkan adunan tadi menjadi biji salak.
  4. Untuk kuahnya, didihkan air. Lalu masukkan gula pasir, gula jawa dan daun pandan. Selalu kacau agar kedua-dua gula cepat larut. Jika dah mendidih, masukkan biji salak dan tunggu biar semua biji tersebut terapung. Kemudian, larutkan tepung maizena dengan sedikit air lalu dituang kedalam periuk. Masak sebentar.
  5. Akhir sekali, untuk penyediaan hidangan kolak biji salak. Tuangkan kuah santan keatas biji salak dan kuahya. Siap untuk disajikan.

Selamat mencuba, semoga bermanfaat.

Tonton video ini sebagai panduan untuk memudahkan anda :

Kredit Oleh : Mama Adeeva

4/5 (1 Review)
(This post has been visited 21 times!)