Korang bosan dengan juadah yang sama? Nah saya akan kongsikan resepi sedap daripada bunda cinta. Kuih awug-awug ketan isi gula merah sesuai dengan namanya yang dari dibuat daripada adunan tepung ketan dan kelapa parut yang dikukus dan dibungkus dengan daun pisang. Berikut merupakan resepi untuk membuat awug awug tepung ketan gula merah:

Bahan-bahannya adalah:

  • 1 butir kelapa parut ukuran besar
  • 250 gr tepung ketan
  • 100 gr gula merah
  • sejemput garam
  • daun pisang secukupnya

Cara-caranya adalah:

  1. Satukan tepung ketan, garam, dan kelapa parut. Gaul sebati.
  2. Ambil daun pisang. Masukkan adunan sesuai selera, isi bahagian tengah dengan gula merah.
  3. Kemudian bungkus dengan pisang.
  4. Kukus selama 40 minit hingga matang dan biasanya daun pisangnya menjadi layu.
  5. Angkat dan sedia untuk dinikmati bersama seisi keluarga.

Selamat Mencuba.

Tonton video ini untuk langkah demi langkah:

 

Kredit resepi: Bunda Cinta

4/5 (1 Review)
(This post has been visited 33 times!)