Hai semua, kali ini kami akan kongsikan dengan anda semua Resepi Kuih Dadar Gulung Pisang Coklat. Resepi yang sangat simple dan enak. Bahan-bahan untuk membuatnya juga senang untuk diperolehi.

Kuih gulung dadar ini sangat sesuai dijadikan juadah sampingan bersama teman-teman atau keluarga. Kalau di Malaysia, kuih ini sama seperti kuih ketayap, tetapi isi nya berbeza kerana kuih ketayap berintikan kelapa yang dimasak dengan gula melaka terlebih dahulu.

Tetapi kali ini kami bawakan sedikit kelainan dengan kuih ini yang berintikan pisang dan coklat. Anda boleh ikut resepi seperti yang kami sediakn untuk anda seperti dibawah.

Resepi Kuih Dadar Gulung Pisang Coklat

 

Resepi Kuih Dadar Gulung Pisang Coklat

Bahan untuk kulitnya:

  • 125gram tepung terigu pro sedang
  • 350ml air
  • 1.5 sdm margarin dicairkan
  • 2 sdm coklat bubuk
  • 1 sdm gula pasir (sesuai mengikut selera)
  • 1/4 sdt garam dan 1 butir telur

Bahan untuk isinya:

  • meses dan pisang

 

Cara-cara Memasak:

Untuk isi:

  1. Kupaskan kulit pisang dan belah dua isi nya. Masukkan marjerin kedalam kuali dan cairkan dulu.
  2. Kemudian masukkan pisang dan panggan seketika.

Untuk Kulit:

  1. Masukkan tepung terigu, coklat bubuk, gula pasir, tepung tapioka, sedikit garam kedalam bekas adunan.
  2. Kacau supaya sebati. Masukkan telur dan kacau supaya sebati.
  3. Masukkan air sambil kacau supaya betul-betul sebati. Kemudian saringkan supaya tidak ada tepung yang tidak sekata.
  4. Kemudian letakkan sedikit adunan dan ratakan.
  5. Kemudian angkat dan biarkan sejuk. Ulang langkah sehingga habis adunan.
  6. Kemudian letakkan pisang dan meses diatas kulit yang siap dimasak. Ulang langkah sehingga habis kulit. Siap untuk dihidangkan.

 

Selamat mencuba, semoga bermanfaat.

Tonton video ini sebagai panduan untuk memudahkan anda :

Kredit Oleh : Mama Adeeva

4/5 (1 Review)
(This post has been visited 33 times!)