Hari ini saya ingin kongsikan satu resepi yang menjadi kegemaran ramai. Selalunya bila masa sambutan hari raya kuih ni mesti menjadi tetamu dirumah anda. Jom ikuti resepi kuih keciput wijen tepung ketan.

Bahan-bahannya adalah:

  • 250 gr tepung ketan,
  • 75 gr margerin,
  • 1 butir telur,
  • 4 sdm gula pasir,
  • 1/2 air kapur sirih,
  • bijan secukupnya,
  • 1 sachet panili,
  • 1/2 sdt garam

Cara membuat kuih keciput wijen tepung ketan:

  1. Masukkan mentega, gula pasir dan pecahkan telur
  2. Masukkan garam dan panili bubuk, Kacau sehingga rata
  3. Kemudian masukkan tepung ketan sedikit demi sedikit sambil kacau sehingga rata
  4. Masukkan air sehingga adunan berbentuk lembut
  5. Bentuk adunan kepada bulatan kecil
  6. Dan masukkan ke dalam bekas yang mengandungi wijen
  7. Gaul rata supaya wijen melekat kepada adunan tadi
  8. Adunan siap untuk digoreng
  9. Goreng adunan dengan api sederhana
  10. Hidangan siap untuk dimakan

Selamat Mencuba.

Tonton video di baawah untuk cara-cara penyediaannya:

 

Kredit resepi: Bunda Cinta

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 3 times!)