Hai semua. Apa khabar semua? Selalu kan, kalau hari raya korang semua beli biskut raya kat mana ya? Kadang-kadang bila beraya kat bandar, teringat kampung halaman lebih-lebih lagi suasana persiapan hari raya kan. Buat biskut bermacam-macam jenis. Apa kata lah kan, kita bawa suasana tu kat rumah kita kan. Buat dengan anak-anak. Mesti best kan. Bagi yang tercari-cari resepi biskut tu, saya sediakan untuk anda semua tau. Jangan risau okay. Resepi kuih kering ni bukan sahaja sesuai untuk hari raya je tau, untuk stok makanan ringan atau juadah minum petang korang pun sesuai tau.

 

 

Berikut merupakan resepi kuih kering bagi pembuatan sebanyak 1 kg:

Bahan-bahannya adalah:

  • 1 kg tepung terigu
  • 500 gr tepung maizena
  • 500 gr gula halus
  • 5 bks mentega blue band
  • 3 bks susu bubuk dancow
  • 5/6 butir telur

 

Cara-cara memasak:

  1. Masukkan telur, gula halus dan mentega kedalam bekas dan mixerkan. Mixerkan sehingg sekata.
  2. Kemudian masukkan susu bubuk kedalam bahan yang diĀ mixer. Gaulkan menggunakan spatula.
  3. Campurkan tepung maizena dan tepung terigu terlebih dahulu. Adukkan sebentar supaya sekata.
  4. Kemudian masukkan tepung yang sudah dicampurkan sedikit demi sedikit sambil gaulkan supaya sekata.
  5. Untuk dibentukkan, ketebalan dan bentuk mengikut selera masing-masing. Kemudian masukkan ke dalam loyang dan oles tipi oleh kuning telur yang dicampur mentega.
  6. Panggang selama 15 minit. Oleskan tipis lagi menggunakan kuning telur, dan tambah coklat rice atau keju (mengikut citarasa masing-masing).
  7. Panggang lagi selama 20 minit. Kemudian dikeluarkan dan siap untuk dihidangkan.

 

Selamat mencuba. Cuba jangan tak cuba. Belum cuba belum tahu. Tak perlu lagi risau kalau tak ada idea untuk juadah ringan anda bersama keluarga.

Tonton video ini bagi cara-cara untuk membuatnya:

Kredit resepi : Bunda Cinta

4/5 (1 Review)
(This post has been visited 23 times!)