Lama dah tak mencuba buat kuih lapis untuk dimakan kan. Jadi kali ini kami akan berikan resepi kuih lapis yang sangat sedap menggunakan bahan-bahan yang disediakan dibawah. Berikut merupakan resepi bagi membuat kuih Lapis Awet dan kenyal:

Bahan-bahannya:

 

  • 1 ltr santan kental (tanpa rebus)
  • 250 gr gula pasir
  • 250 gr tepung tapioka (diayak)
  • 250 gr tepung terigu (diayak)
  • 2 sdm tepung coklat / coklat bubuk (diayak)
  • 2 sct panili
  • sejumput garam
  • pewarna makanan

Cara membuat kuih lapis:

  1. Masukkan gula, tepung terigu, tepung tapioka, garam dan panili ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan santan, gaul sebati dan tidak berketul.
  2. Bahagikan adunan menjadi 2 bahagian. Warnakan satu bahagian dengan masukkan tepung coklat. Tapis adunan.
  3. Tuang 1/3 adunan warna coklat ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit.
  4. Lepas lapisan pertama masak, tuang 1/3 adunan tanpa warna untuk lapisan kedua. Kukus lagi. Ulangi proses hingga dapat 6 lapisan dengan diakhiri lapisan putih.
  5. Angkat dan sejukkan sebelum di potong.

Petua dan Tips Tambahan:

  • Setiap lapis dikukus selama 5 minit.
  • Lapisan yang terakhir kena lama sikit, selama 10 minit.
  • Untuk mendapatkan lapisan yang sekata, gunakan sudu sukatan saiz 1/2 sudu makan.

Mudah dan senang sahaja bahan-bahannya.

Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Tonton video ini untuk mengikuti langkah-langkah pembuatannya:

Kredit resepiĀ  : Bunda Cinta

5/5 (1 Review)
(This post has been visited 8 times!)