Pada entri kali ini, kami akan kongsikan resepi lumpia goreng. Untuk pengetahuan anda, cara dan resepi untuk hidangan ini amatlah mudah, malah bahan-bahanya juga mudah untuk didapati.

Berikut merupakan resepi bagi membuat Lumpia Goreng yang enak dan lazat.

Lumpia merupakan makanan yang sangat lezat. Masyarakat banyak memfavoritkan lumpia goreng dibanding lumpia jenis lainnya. Lumpia goreng adalah lumpia yang digoreng dengan kulit luar tipis dan renyah serta isian yang beragam, mulai dari ayam, udang, rebung, taoge, bahkan ragout. Lumpia goreng dihidangkan dengan rawit atau saus sambal. Beberapa daerah juga sering menggunakan cocolan petis ikan untuk lumpia goreng tersebut.

 

Bahan-bahan bagi membuat inti Lumpia Goreng:

  • 400 gr wortel
  • 2 sachet masako ayam dan daun bawang prei
  • daun saledri
  • 200 gr kecambah
  • Bumbu yang telah dihaluskan

 

Bahan untuk kulit Lumbia Goreng:

  • 350 gr tepung terigu
  • 700 cc santan
  • 2 butir telur
  • 20 gr gula pasir
  • 1 sd teh garam

 

Cara-cara memasak:

Untuk inti:

  1. Masukkan bumbu(bawang putih dan bawwang merah yang dikisar halus) kedalam kuali yang berisi minyak yang sudah dipanaskan. Kemudian masukkan daun prie. Kacau supaya sekata. Kemudian masukkan wortel yang sudah di hiris dan kecambah.
  2. Kemudian masukkan masako ayam dan kacaukan sehingga sebati. Akhir sekalai masukkan daun seledri. Teruskan kacau sehingga sebati.

 

Untuk kulit:

  1. Masukkan telur kedalam bekas adunan. Kocok sekita dan masukkan garam, gula, satu sachet penyedap rasa dan tepung terigu.
  2. Terakhir masukkan santan dan kacau supaya betul-betul sebati.

 

Langkah terakhir:

  1. Masukkan sedikit bahan kulit kedalam kuali yang dipanaskan dan ratakan supaya agak nipis.
  2. Ulang langkah sehingga habis bahan kulit.
  3. Kemudian letakkan bahan inti keatas lapisan kulit lumpia dan gulungkan. Saiz mengikut citarasa masing-masing.
  4. Kemudian gorengkan di dalam kuali yang berisi minyak yang dipanaskan. Goreng sehingga agak kekuningan dan angkat untuk dihidangkan.

 

Senang dan mudahkan. Selamat mencuba. Cuba jangan tak cuba.

Tonton video di bawah untuk mengetahui cara menyediakannya:

Kredit resepiĀ  : Bunda Cinta

4/5 (1 Review)
(This post has been visited 24 times!)