Weci adalah kuih goreng khas dari Jawa Timur yang banyak di jual di gerai-gerai yang digemari ramai. Namun bila anda sedang berada di rumah, anda dapat membuat sendiri weci ini di rumah anda, weci paling enak di sajikan ketika masih panas-panas. Berikut adalah resepi untuk membuat resepi weci yang enak.

Bahan-Bahannya adalah:

  • 250 gr tepung terigu
  • 350 ml air putih
  • 2 sct royco rasa ayam
  • 1 biji¬†bawang daun
  • 1 biji bawang prei
  • 2 siung bawang merah
  • 1 biji wortel ukuran sedang
  • kubis secukupnya

Cara-caranya:

  1. Siapkan semua bahan yang diperlukan untuk proses pembuatan kuih weci.
  2. Masukkan tepung terigu, bawang prei, bawang merah, dan daun bawang, wortel dan kubis.
  3. Masukkan penyedap rasa, dan sedikit air.
  4. Kemudian, aduk kesemua bahan tadi sehingga rata dan sebati.
  5. Panaskan minyak dan cetakan kuih weci. Setelah itu, masukkan adunan yang telah diaduk kedalam cetakan dan goreng sehingga kuih tersebut matang.
  6. Sejukkan kuih weci dan siap untuk dihidangkan.

Semoga berjaya dan selamat mencuba.

Tonton video dibawah untuk langkah-langkah penyediaannya:

Kredit resepi Bunda Cinta

 

3/5 (1 Review)
(This post has been visited 37 times!)