Kuih monde/ Janda genit tanpa telur enak sesuai dijadikan hidangan untuk tetamu dan pada hari perayaan. Mungkin ramai yang tidak tahu cara membuat kuih genit. Dengan itu saya sediakan resepi membuat monde/janda genit tanpa telur dan cara-cara membuatnya.

Bahan-bahannya

  • 125 gr tepung terigu
  • 50 gr gula halus
  • 50 gr tepung maizena
  • cokoci
  • tepung panir secukupnya
  • pewarna
  • 50 ml minyak sayur
  • 1 sachet susu bubuk
  • 1 sachet panili
  • 1 sdm mentega

Cara-caranya

  • Masukan mentega, panili, susu bubuk dan gula halus, aduk sampai rata
  • Kemudian tambahkan tepung maizena, minyak sayur dan tepung terigu
  • Aduk hingga sekata kemudian tambahkan pewarna
  • Selesai adunan bentukan menjadi bulat kemudian celup dalam tepung panir
  • Hias dengan cokoci kemudian panggang dalam masa 30minit
  • Selepas 30 minit angkat dan siap untuk dihidang

Selamat Mencuba.

Tonton video ini untuk langkah-langkah penyediaannya:

 

Kredit resepi: Bunda Cinta

5/5 (1 Review)
(This post has been visited 18 times!)