Menu kali ini adalah menu mudah untuk disediakan pada anak-anak. Saya pasti anak-anak anda pasti suka menu ini, menu ini bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak malah orang dewasa juga pasti menyukainya. Berikut adalah resepi mudah untuk membuat nugget milo. Ianya sesuai untuk sarapan pagi dan juga minum petang.

Bahan diperlukan adalah 

  • 4 sachet milo @ 35gram
  • 2 sachet SKM coklat
  • 100gram coklat dcc
  • 2 sdm coklat bubuk

Cara membuatnya

  • Langkah pertama letak semua milo ke dalam bekas
  • Asing sedikit untuk bahan tabur akhir nanti
  • Lepas itu campur coklat bubuk dan susu coklat gaul hingga rata dan asingkan sekejap
  • Cairkan coklat bar, kemudian masukan ke dalam campuran milo gaul hingga rata
  • Kemudian bentukan milo dengan kesesuaian dan gulingkan pada milo yang telah diasing tadi
  • Akhir sekali simpan dalam peti ais selama 30 minit dan siap dihidang.

Selamat mencuba, semoga bermanfaat.

Tonton video ini sebagai panduan untuk memudahkan anda :

Kredit Oleh : Mama Adeeva

 

3/5 (1 Review)
(This post has been visited 40 times!)