Dah semestinya, kek keju atau cheese cake merupakan antara pemanis mulut yang paling digemari oleh rakyat Malaysia. Rasanya yang lemak berkrim, berkeju yang disertai dengan kerangupan biskut Oreo membuatkan kita susah nak berhenti memakannya. Kalau dapat pula yang sejuk-sejuk waktu tengah panas terik, memang nikmat! Sebenarnya, tak susah pun nak membuat kek ini sendiri di rumah. Malah, anda tak perlukan oven pun untuk membuatnya. Memang berbaloi untuk anda cuba. Berikut adalah resepi untuk membuat Oreo Cheese kek dengan hanya 6 bahan sahaja.

Bahan-Bahannya adalah:

  • 500 ml susu cair
  • 100 gram keju parut
  • 5 sdm maizena
  • 3 sdm gula pasir
  • ¼ gelas air
  • 1 sdt garam
  • 1 bungkus oreo, buang krimnya (haluskan)

Cara membuatnya

  • Campurkan tepung maizena dengan air aduk sampai rata
  • Panaskan dengan api kecil, campur susu cair, gula pasir, garam dan keju parut
  • Setelah adunan mengental diamkan sekira kira 10 minit
  • Letak adunan dalam cawan dan buat lapisan dengan serbuk oreo
  • Terakhir letak dalam peti ais selama 1jam dan siap untuk dihidang

Semoga berjaya dan Selamat Mencuba.

Tonton video dibawah untuk langkah-langkah selanjutnya:

Kredit resepi Bunda Cinta

4/5 (1 Review)
(This post has been visited 29 times!)