Pernahkah anda makan kek pandan chiffon? Walaupun kek pandan chiffon ini menggunakan putih telur, tetapi kek ini tidak mempunyai bau hanyir daripada telur tersebut. Walhal, kek pandan chiffon ini juga mempunyai tekstur yang sangat lembut. Berikut adalah resepi untuk membuat resepi pandan chiffon telur selembut kapas.

Bahan-Bahannya adalah:

  • 8 butir telur
  • 200 gr gula pasir
  • 250 gr tepung terigu
  • 90 ml minyak goreng / sayur
  • 120 ml air putih
  • 1/2 sdt baking powder
  • 1/2 botol stabilizer cream of tartar
  • 1 pasta pandan wangi

Cara Membuatnya:

  1. Siapkan semua bahan yang diperlukan untuk proses pembuatan kek pandan chiffon.
  2. Asingkan putih telur dan kuning telur terlebih dahulu. Kerana putih telur perlu di mixer, kuning telur pula hanya perlu dikacau sahaja.
  3. Masukkan kuning telur tadi, gula pasir, baking powder, stabilizer cream of tartar, dan dikacau sehingga gula menjadi halus.
  4. Kemudian, masukkan air dan kacau lagi.
  5. Selepas itu, masukkan minyak goreng, tepung terigu, pewarna dan kacau sehingga sebati.
  6. Mixer putih telur sehingga mengembang. Kemudian, masukkan putih telur tersebut kedalam adunan tadi, dan aduk sehingga rata.
  7. Setelah itu, masukkan adunan kedalam cetakan kek, lalu dipanggang lebih kurang selama 35 minit.
  8. Keluarkan kek tersebut dari dalam oven apabila sudah matang, dibiarkan sejuk sebelum dipotong dan siap untuk disajikan.

Semoga berjaya dan selamat mencuba.

Tonton video dibawah untuk langkah-langkah penyediaannya:

Kredit resepi Bunda Cinta

 

5/5 (1 Review)
(This post has been visited 57 times!)