Hai semua, hari ini kami akan kongsikan dengan semua Resepi Pisang Bakar Keju Viral. Resepi yang sangat senang dan untuk dapatkan bahan-bahannya juga sangat senang.

Resepi ini sangat sesuai dijadikan juadah sampingan untuk anda seisi keluarga. Cara-cara memasaknya juga teramat ringkas dan menjimatkan masa.

Resepi Pisang Bakar Keju Viral

 

Resepi Pisang Bakar Keju Viral

Bahan yang cuma diperlukan:

  • Pisang kepok
  • Margarin
  • SKM
  • Keju secukupnya

 

Cara-cara Memasak:

  1. Kupaskkan pisang dan belah kepada dua. Letakkan pisang diatas pisang yang beralaskan plastik dan penyetkan sedikit pisang.
  2. Kemudian panaskan kuali dan letakkan sedikit marjerin. Tunggu sehingga marjerin cair. Kemudian masukkan pisang yang sudah dipenyetkan.
  3. Gorengkan seketika sehingga warnanya agak kuning keemasan. Kemudian angkat dan letakkan diatas pinggan.
  4. Taburkan cheese yang sudah diparut dan sedikit susu pekat. Topping mengikut citarasa masing-masing sekiranya mahu letakkan sos coklat.

 

Selamat mencuba menu ini, semoga bermanfaat. Cuba jangan tak cuba. Belum cuba belum tahu.

Tonton video ini sebagai panduan untuk memudahkan anda.

Kredit Oleh : Mama Adeeva

4/5 (1 Review)
(This post has been visited 34 times!)