Ramai yang dah biasa dengan rainbow cake kan. Kek yang mendapat tempat di hati yang melihatnya disebabkan kejadiannya yang cantik, berwarna-warna dan berlapis seperti pelangi. Berikut merupakan resepi membuat bolu pelangi kukus atau dipanggil rainbow cake yang lembut dan enak.

Bahan-bahannya

  • 150gram tepung terigu pro sedang
  • 150gram gula halus
  • 4 butir telur
  • 150gram margarin
  • 1 sdm SP
  • Pewarna makanan secukupnya
  • 1/4 sdt garam dan 1/4 sdt vanilla
  • 1/4 sdt baking powder
  • 1 sachet/3 sdm SKM
  • 1 sachet/3 sdm susu bubuk
  • 1 bungkus santan kara 65ml

Cara-caranya

  • Tepung terigu campur dengan susu bubuk baking powder dan gaul hingga rata
  • Campurkan telur,gula halus, garam, panili dan SP  mixer hingga putih
  • Kemudian masukan tepung yang di ampur tadi, jangan lupa ayak dahulu.
  • Gaul hingga tercampur merata
  • Selanjut masukan santan, susu manis gaul hingga merata
  • Terakhir masuk margarin cair gaul hingga tercampur semua
  • Kemudian asingkan dan letak pewarna berlainan tiap satu
  • Kukus satu persatu selama 5 minit untuk setiap lapisan warna
  • Bila warna terakhir kukus selama 25 minit
  • Akhir sekali letak topping  butter cream dan keju parut.

Selamat mencuba menu ini, semoga bermanfaat.

Tonton video ini sebagai panduan untuk memudahkan anda :

Kredi Oleh : Mama Adeeva

 

4/5 (1 Review)
(This post has been visited 38 times!)