Membuat Risoles bukanlah perkara yang susah untuk dilakukan. Terdapat banyak versi risoles dari jenis bahan yang digunakan sesuai dengan selera masing-masing. Berikut adalah cara mudah untuk anda membuat risoles isi sayuran.

Bahan diperlukan untuk isinya :

  • 250 gram kentang
  • 3 buah wortel
  • Daun bawang seledri
  • 4 siung bawang merah
  • 2 siung bawang putih
  • Sedikit merica
  • Gula pasir, garam dan kaldu bubuk

Bahan diperlukan untuk kulitnya :

  • 150 gram tepung terigu
  • 2 butir telur
  • Sedikit garam
  • 250ml air

Bahan diperlukan untuk pelapis :

  • Tepung panir
  • 5 sdm tepung terigu
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya

Cara-caranya adalah:

  1. Untuk isi: Bawang merah, bawang putih, merica, dan sedikit garam ditumbuk halus. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk sampai naik bau. Lalu, masukkan kentang, wortel, daun bawang dan daun seledri yang sudah dihiris. Campur sampai rata.
  2. Masukkan air. Rebus air supaya kentang empuk, hancur dan hingga air sedikit kering. Tutup. Angkat dan ketepikan.
  3. Untuk kulit: Masukkan tepung terigu dan garam. Campur rata. Kemudian, masukkan telur dan diaduk sampai bercampur rata. Masukkan sedikit air. Setelah itu, tapis supaya lembut dan halus. Panaskan marjerin dengan api kecil. Masak untuk kulitnya.
  4. Lalu, masukkan isi diatas kulit. Lipat dan gulung cantik.
  5. Untuk pelapis: Masukkan tepung terigu, garam dan air secukupnya. Aduk sampai bercampur rata. Akhir sekali, celup risol kedalam adunan tadi. Kemudian, digulingkan kedalam tepung panir. Panaskan minyak, goreng. Angkat dan siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba, semoga bermanfaat.

Tonton video ini sebagai panduan untuk memudahkan anda.

Kredit Oleh : Mama Adeeva

4/5 (1 Review)
(This post has been visited 120 times!)