Pada post kali ini kami akan kongsikan dengan anda semua Resepi Roti Goreng Isi Daging Ayam yang sangat sedap dan ringkas. Bahan-bahan untuk membuat menu ini juga sangat ringkas dan mudah untuk diperolehi.

 

Bahan douh yang diperlukan:

  • 250 gram tepung terigu pro tinggi
  • 2 butir kuning telur
  • 1 sdt fermipan/ragi instant
  • 125 ml susu cair hangat2 kuku
  • 1 sdm gula pasir
  • 1 sdm margarin
  • Sedikit garam

 

Bahan isinya pula adalah:

  • 100 gram daging ayam cincang
  • 1 buah wortel
  • 1 buah bawang bombay
  • 2 siung bawang putih
  • Kecap manis dan saos tiram secukupnya
  • Daun bawang
  • Garam, lada bubuk dan gula pasir secukupnya
  • Kaldu ayam bubuk dan bubuk pala secukupnya
  • 1 sdm tepung maizena

 

Bahan pelapisnya adalah:

  • 2 butir putih telur
  • Sedikit garam
  • Tepung panir secukupnya

Cara-cara Memasak:

  1. Untuk douhnya, masukkan gula kedalam susu cair, fermipan dan adukkan hingga sebati. Diamkan selama 10minit. Kemudian masukkan tepung dan kuning telur kedalam bekas adunan dan masuk sikit demi sedikit adunan susu cair tadi. Adukkan hingga sebati.
  2. Masukkan garam dan margarin dan adukkan lagi sehingga sebati. Diamkan adunan supaya mengembang terlebih dahulu.
  3. Untuk bahan isinya, Tumiskan bawang bombay dan bawang putih hingga naik bau. Kemudian masukkan isi ayam, wortel, garam, lada bubuk, kaldu ayam bubuk, gula pasir dan bubuk pala. Masukkan air secukupnya. Biarkan sehingga isi ayam masak.
  4. Masukkan daun bawang, sos tiram dan kicap manis secukupnya. Kacaukan sehingga sebati. Kemudian masukkan tepung maizena yang sudah dilarutkan dalam air terlebih dahulu.
  5. Akhir sekali, ambil sedikit adunan dan nipiskan dahulu. Kemudian letakkan bahan isi dan bentukkan mengikut selera anda.
  6. Celupakan kedalam telur yang dicampurkan dengan sedikit garram dan tepung panir. Kemudian gorengkkan hingga masak. Angkat dan toskan minyak dan siap untuk dihidangkan.

 

Selamat mencuba. Cuba jangan tak cub, belum cuba belum tahu.

Tonton video ini sebagai panduan untuk memudahkan anda:

Kredit Oleh : Mama Adeeva

5/5 (1 Review)
(This post has been visited 104 times!)