Pada hari ini saya ingin berkongsi resepi dari indonesia iaitu Resepi Roti Isi Abon. Isi abon kalau di Malaysia ialah serunding. Berikut merupakan resepi untuk membuat roti isi abon yang lembut dan enak dan cara membuatnya.

Resepi Roti Isi Abon

Bahan-bahannya

  • 2 butir telur
  • 100 gr tepung terigu
  • 50 gr margarin
  • 50 gr gula pasir
  • 1 sdt quick (cake emusilfier)
  • 1 sdm susu bubuk daocow
  • abon secukupnya
  • penyedap rasa

Cara-caranya

  • Masukan gula, telur, quick@ ovalet, serbuk susu, penyedap rasa dan mixed sehingga putih
  • Masukan tepung terigu
  • Terakhir masukan margarin cair aduk sehingga rata.
  • Kemudian masukan ke dalam sarang separuh sahaja
  • Masukan abon di tengah dan tutup dengan adunan hingga penuh
  • Tambah lagi abon di atas adunan dan panggang selama 30 minit
  • Keluarkan dari cetakan ketika tengah panas dan siap dihidang

 

Selamat Mencuba.

Tonton video di bawah untuk langkah-langkah penyediaannya:

 

Kredit resepi: Bunda Cinta

3/5 (1 Review)
(This post has been visited 16 times!)