Assalamualaikum semua. Apam khabar semua hari ini? Semua dah masak untuk makan tengahari ya? Kadang-kadang tengah makan tu rasa macam ada yang tak cukup sesuatu je kan? Bagi saya lah kan, kalau tak ada sambal memang tak sah lah kan. Okay lah semua. Harini saya nak berkongsi dengan anda semua resepi sambal lada hijau pedas bagi penambah selera korang semua. Resepi yang sangat simple dan sangat membuka selera semua.

 

Berikut adalah resepi membuat sambal cabe hijau padang pedas ala mama adeeva.

Bahan yang diperlukan :

  • 7 buah cabe hijau besar
  • 5 buah cabe hijau keriting
  • Cabe rawit sesuai mengikut selera
  • 7 siung bawang merah
  • 3 siung bawang putih
  • 5 buah tomat hijau
  • Garam, gula pasir dan kaldu bubuk secukupnya

Cara-cara memasak:

  1. Rebus semua bahan terlebih dahulu kecuali garam dan gula.
  2. Rebus sehingga agak layu. Kemudian angkat dan toskan.
  3. Masukkan kedalam lesung batu dan tumbuk kasar. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
  4. Tumiskan bahan yang ditumbuk kasar. Perasakan sehingga cukup rasa. Tumiskan hingga agak kering dan siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba, semoga bermanfaat. Cuba jangan tak cuba. Belum cuba belum tahu.

Tonton video ini sebagai panduan untuk memudahkan anda :

Kredit Oleh : Mama Adeeva

4/5 (1 Review)
(This post has been visited 57 times!)