Capcay adalah salah satu resepi makanan yang terdiri daripada beberapa aneka jenis sayur. Cara untuk membuat sayur capcay ini adalah cukup senang dan simple. Berikut adalah resepi sayur capcay yang mudah dan enak, boleh cuba dirumah sesuai dengan selera anda.

Bahannya adalah :

  • 1 buah sawi putih ukuran sedang
  • 2 batang sawi hijau
  • 1 buah bunga kol ukuran kecil
  • 2 buah wortel
  • 1 buah bawang bombay
  • 2 siung bawang putih
  • Bakso secukupnya
  • Garam, gula pasir, lada bubuk dan kaldu ayam bubuk secukupnya
  • Sos tiram secukupnya

Cara-caranya adalah:

  1. Sediakan semua bahan yang diperlukan untuk membuat sayur capcay aneka.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang bombay sampai naik bau. Kemudian, masukkan bakso yang sudah dihiris, wortel dan bunga kol (carrot dan bunga kubis).
  3. Masukkan air supaya sayur tadi empuk. Jika dah mendidih, masukkan garam, gula pasir, lada bubuk dan kaldu ayam bubuk secukupnya.
  4. Setelah air sedikit kering dan sayur pun dah empuk, masukkan sawi putih dan sawi hijau. Masak sekejap biar semua sayur tadi betul-betul lembut dan empuk.
  5. Akhir sekali, masukkan sos tiram secukupnya. Masak sekejap lebih kurang dalam beberapa minit. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba resepi ini, semoga bermanfaat.

Tonton video ini sebagai panduan untuk memudahkan anda :

Kredit Oleh : Mama Adeeva

4/5 (1 Review)
(This post has been visited 23 times!)