Untuk juadah petang, pekena stik kentang keju krispy yang siap digoreng panas-panas pasti sedap dan juga lazat. Ini adalah cara membuat camilan stik kentang keju yang lagi hits dan enak.

Bahan diperlukan :

  • 500 gram kentang dikukus/direbus
  • 100 gram keju parut
  • 100 gram tepung maizena
  • 1 batang seledri diiris tipis – tipis
  • Lada bubuk dan garam secukupnya

Bahan cocolan :

  • Sos sambal dan mayonese

Cara memasak & membuatnya adalah:

  1. Sediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat stik kentang keju.
  2. Lenyek halus kentang yang sudah dikupas kulitnya. Kemudian, masukkan keju, batang seledri dan tepung maizena. Lalu diaduk sampai bercampur rata dan sebati.
  3. Setelah itu, bentukkan adunan sesuai dengan selera anda. Panaskan minyak, goreng stik kentang tersebut. Masak sampai renyah dan sedikit garing dengan menggunakan api kecil.
  4. Siap untuk dihidangkan bersama sos cili dan mayonese.

Selamat mencubanya di rumah, semoga bermanfaat.

Tonton video ini sebagai panduan untuk memudahkan anda :

Kredit Oleh : Mama Adeeva

3.5/5 (2 Reviews)
(This post has been visited 27 times!)