Ingin menu simple dan lazat?? Cuba anda ikuti resepi yang mudah dan amat menyelerakan ini. Tahu mempunyai kandungan protein yang tinggi dan membantu mengelak dari rasa cepat lapar. Tahu juga antara makanan yang rendah kalori. Berikut adalah resepi untuk membuat tahu bumbu kacang.

Bahan yang diperlukan untuk membuat tahu :

  • 6 buah tahu putih ukuran kecil
  • 2 butir telur
  • Garam, lada bubuk dan kaldu bubuk
  • Toge (direbus) dan timun (diiris tipis – tipis)
  • Daun seledri diiris – iris
  • Kacang tanah goreng
  • Sos, kecap dan bawang goreng

Bahan yang diperlukan untuk membuat sos kacang :

  • 100 gram kacang tanah goreng
  • Cabe sesuai selera
  • 1 siung bawang putih
  • Air asam jawa
  • 1 buah gula jawa
  • 1 buah jeruk limau
  • Garam secukupnya.

Cara-caranya adalah:

  1. Untuk sos kacang: Masukkan kacang tanah, cili padi, bawang putih yang sudah digoreng dan sedikit air. Kemudian, kesemua bahan tersebut dikisar halus.
  2. Panaskan minyak, tumis kesemua bahan kisar tadi. Masukkan gula jawa dan garam. Masak sehingga sebati. Masukkan asam jawa yang sudah dilarut dengan air panas. Kacau supaya bercampur rata. Lalu masukkan air secukupnya. Setelah air sedikit kering, masukkan jeruk limau. Masak selama beberapa minit. Angkat dan ketepikan.
  3. Untuk tahu: Pecahkan telur, masukkan lada bubuk, garam, kaldu bubuk dan tahu yang sudah dipotong. Campur biar rata. Kemudian, panaskan minyak. Goreng campuran telur dan tahu tadi sehingga matang dan sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
  4. Untuk penyediaan: Letak tauge dan timun yang sudah hiris diatas tahu goreng. Tuang sos kacang, kemudian tabur daun seledri, dan kacang tanah goreng. Seterusnya, letakkan kicap manis dan sos cili. Akhir sekali, tabur bawang goreng.
  5. Siap untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba, semoga bermanfaat.

Tonton video ini sebagai panduan untuk memudahkan anda :

Kredit Oleh : Mama Adeeva

 

 

 

4/5 (1 Review)
(This post has been visited 38 times!)