Pada post kali ini saya akan kongsikan resepi tempe melet atau tempe melet isi cabe, tempe melet kian viral dan ramai yang gemarinya. Tempe melet ini mesti enak kalau dihidangkan minum petang atau makan malam. Berikut adalah cara untuk membuat tempe melet isi cabe:

Bahan yang diperlukan adalah:

  • 6 ketul tempe (ukuran sedang)
  • 100 g tepung terigu
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 buah kunyit
  • penyedap rasa secukupnya
  • garam secukupnya
  • 1 sdt ketumbar
  • 1 sdm gula pasir
  • 50 g margarin cair
  • air secukupnya
  • daun seledrai secukupnya

Bahan untuk Isi :

  • 8 biji cabe rawit
  • 2 biji tomato
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • penyedap rasa secukupnya

Cara membuatĀ tempe meletĀ  isi cabe

  • Haluskan bahan isinya dahulu, kemudian goreng
  • Seterusnya masukan isi ke dalam tempe
  • Kemudian haluskan bahan bumbu luarnya
  • Lalu campurkan tepung terigu, daun seledrai, margarin dan campur bumbu tadi
  • Selanjutnya masukan air sambil di aduk,tambah penyedap rasa
  • Celupkan tempe ke dalam adunan dan siap digoreng

Selamat Mencuba.

Tonton video dibawah untuk langkah-langkah selanjutnya:

Kredit resepi Bunda Cinta

3/5 (1 Review)
(This post has been visited 20 times!)