Wingko, Wiwingka atau Bibika, yang kadang-kadang dipanggil atau dikenali sebagai Wingko Babat, adalah sejenis pancake yang dibuat terutamanya daripada kelapa dan bahan-bahan lain. Wingko popular di sepanjang pantai utara pulau Jawa. Berikut adalah resepi untuk membuat wingko babat oven dan kukus.

 

Bahan-Bahannya adalah:

  • 2 butir kelapa parut
  • 500 gr tepung ketan
  • 200 gr gula pasir
  • 100 gr mentega
  • 100 ml air kelapa
  • 1 butir telur (buat polesan)
  • 2 sct panili
  • sejumput garam

Cara membuat Wingko Babat Oven dan Kukus:

  1. Siapkan semua bahan yang diperlukan untuk proses pembuatan wingko babat.
  2. Masukkan tepung ketan, kelapa parut, panili, garam, dan gula pasir. Lalu, diaduk hingga bercampur.
  3. Masukkan mentega dan diaduk lagi hingga bercampur rata.
  4. Masukkan air kelapa. Kemudian, diaduk sehingga adunan benar-benar lembik.
  5. Setelah itu, masukkan adunan kedalam acuan cetakan yang sudah dilapis dengan kertas pembalut nasi.
  6. Lalu adunan dikukus hingga matang lebih kurang selama 30 minit atau 45 minit.
  7. Keluarkan adunan dan sapukan kuning telur. Kemudian, dibakar didalam oven selama 15 minit atau 20 minit.
  8. Keluarkan dari oven dan biarkan hingga sejuk.
  9. Akhir sekali, wangko tersebut dipotong kecil dan siap untuk dihidangkan.

Semoga berjaya dan selamat mencuba.

Tonton video dibawah untuk langkah-langkah penyediaanya:

Kredit resepi Bunda Cinta

3/5 (1 Review)
(This post has been visited 38 times!)