Bagi yang inginkan kelainan dalam memask nasi menggunakan periuk nasi. Anda bolehlah mencuba resepi nasi liwet ikan teri yang menggunakan periuk nasi untuk memasaknya. Ikuti resepi di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai nasi liwet ikan teri ini.

Bahan yang diperlukan adalah :

  • 2 cup beras,
  • 3 lembar daun salam,
  • 1 buah sereh digeprek,
  • 1 buah bunga lawang,
  • Garam secukupnya,
  • 5 siung bawang merah,
  • 2 siung bawang putih,
  • 2 cabe merah keriting dibuang bijinya,
  • 1 genggang ikan teri digoreng

 

Cara penyediaan Nasi Liwet

  1. Tumis bawang putih, bawang merah, bunga lawang dan sereh
  2. Masukkan lada yang rwlah di potong halus, ikan teri danĀ  daun salam
  3. Matikan api dan masukkan bahan tumisan ke dalam periuk nasi yang telah diisi dengan beras
  4. Tambahkan garam dan masukkan air secukupnya
  5. Masak menggunakan periuk nasi elektrik
  6. Siap untuk dihidang

Tonton video ini untuk panduan langkah demi langkah:

Kredit resepi: Mama Adeeva

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 3 times!)