Resepi biskut badam coklat ini boleh anda buat untuk raya Aidiladha nanti pula. Sedap sangat, confirm pagi tu dah licin satu balang. Menurutnya empunya resepi, dia menggantikan coklat beryl’s kepada coklat cadburry kerana tidak menjumpai coklat beryl’s. Tapi rasanya terlebih sedap pula. Yela siapa tidak tahu kan, coklat cadburry sahaja pun dah sedap. Ditambah pula dengan badam bertambah sedap.
BAHAN-BAHAN :
- Coklat cadburry (coklat) (sebenarnya coklat beryl’s)
- Kepingan badam
CARA PENYEDIAAN :
- Bakar badam sehingga rangup.
- Double boiler coklat cadburry tersebut.
- Gaulkan dengan badam dan letak atas ketas minyak (ikut saiz yang anda suka)
- Kemudian masukkan dalam peti ais sehingga keras.
- Siap masukkan dalam balang ( tak boleh lama-lama diluar sebab coklat cadburry mudah cair, kalau guna beryl’s takpe)
SELAMAT MENCUBA!
Sumber : Facebook Zaharah Ramim
Baca juga: Resepi Spagheti Carbonara Tomyam Rasanya Masam Manis Pedas Pasti Memikat Selera Anda