Ramai dikalangan kita yang hanya membuat kek batik menggunakan biskut marie kan? Ramai yang tak pernah cuba buat puding atau menu lain menggunakan biskut marie ni. Jadi kali ini Daily Makan nak tunjukkan kepada anda semua resepi puding lapis biskut marie atau puding marie triffle. Resepi ni dikongsi oleh Noraslinda Bugal di laman facebooknya.

BAHAN-BAHAN :

  • 2 bungkus serbuk agar-agar.Buka dan satukan.Kemudian bahagi 3 bahagian.Setiap 1 bahagian dapat 2 sudu teh serbuk agar-agar

Lapisan Plain/ Lapisan biskut marie

  • 2 sudu teh serbuk agar-agar
  • 500 ml air
  • 100 gram gula pasir
  • Biskut marie secukupnya

Lapisan Susu

  • 2 sudu teh serbuk agar-agar
  • 500 ml susu cair/susu segar(saya guna susu Dutch Lady Full Cream)
  • 30 gram gula pasir
  • 2 sudu besar susu pekat manis

Lapisan Milo

  • 2 sudu teh serbuk agar-agar
  • 500 ml susu cair/susu segar(saya guna susu Dutch Lady Full Cream)
  • 30 gram gula pasir
  • 100 gram Milo

CARA PENYEDIAAN :

Lapisan Plain/ Lapisan biskut marie

  1. Satukan serbuk agar-agar,air dan gula pasir
  2. Masak di atas dapur menggunakan api sederhana.Kacau sehingga mendidih.Tapis
  3. Acuan dibasahkan dengan air supaya puding mudah dikeluarkan
  4. Tuang sedikit adunan atau tuang ½ adunan agar-agar ke dalam acuan.Biar sedikit keras
  5. Susun biskut marie(bahagian tulisan pada biskut mestilah di susun ke bawah)
  6. Kemudian tuang baki agar-agar tadi sehingga habis(masa tuang ni hati-hati ye sebab tak nak rosakkan biskut atau biskut akan jadi kembang tak cantik)seeloknya gunakan senduk dan tuang agar-agar dengan cermat.Ketepikan

Lapisan Susu

  1. Satukan kesemua bahan.Masak di atas api sederhana.Kacau sehingga mendidih.Matikan api.Tapis
  2. Tuang perlahan-lahan di atas lapisan biskut marie tadi.Ketepikan

Lapisan Milo

  1. Satukan kesemua bahan kecuali Milo
  2. Masak di atas api sederhana sehingga agak panas
  3. Masukkan Milo dan kacau sehingga Milo larut dan adunan mendidih.Tutup api.Tapis
  4. Tuang adunan di atas lapisan susu tadi.Sejukkan.Masukkan ke dalam peti ais.

Selamat Mencuba !

 

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 265 times!)