Agar-agar merupakan pencuci mulut yang sangat ringkas tapi tetap digemari ramai. Cara penyediaannya juga sangat mudah dan boleh dilakukan oleh sesiapa pun tapi memandangkan terdapat pelbagai resepi agar-agar yang ada, setiap bahan-bahan dan kaedah yang digunakan mungkin sedikit berbeza.
Memandangkan cuaca di Malaysia asyik panas sahaja, anda bolehlah menyediakan pencuci mulut ini untuk dinikmati. Untuk kelainan, kita tambahkan sedikit buah-buahan. Ini resepi agar-agar buah yang telah dikongsikan oleh Miz’s Shaliza di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).
Cuaca Panas? Jom Ke Dapur & Sediakan Agar-Agar Buah Ini. Makan Sejuk-Sejuk Sangat Best!
Bahan-bahan
- 10 gram serbuk agar-agar (clear)
- 200 gram gula pasir halus
- Air 1 liter
- Buah strawberi (potong dadu)
- Buah kiwi (potong dadu)
- Buah mangga (potong dadu)
Cara penyediaan
- Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar. Kacau sehingga larut.
- Masak sampai mendidih dan tutup api.
- Letakkan buah-buahan yang telah dipotong ke dalam acuan.
- Tuangkan agar-agar dalam acuan yang dah berisi dengan buah.
- Simpan dalam peti sejuk untuk beberapa jam supaya agar-agar menggeras.
- Setelah agar-agar keras, keluarkan dari peti sejuk dan sedia untuk dinikmati.
Ringkas sangat resepi agar-agar buah ini untuk disediakan. Hasilnya pun nampak cantik, kan? Buat banyak-banyak dan nikmatinya tak mengira waktu, sudah tentu akan puas hati.
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada kawan-kawan anda.
Kredit: Miz’s Shaliza di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Baca Juga: Resepi Puteri Ayu Cheese Warna Warni, Bukan Sahaja Cantik! Tapi Sedap Dan Cair Di Mulut!