Ada yang panggil kacang kelisa, ada yang panggil kacang botol. Tak kisah lah yang mana pun, janji sayur yang sama. Lepas dua hari dapur tak berasap, buntu kepala arini nak masak apa.
Tetiba masa pegi pasar tadi, kakak a.k.a puteri bongsu cakap nak sayur hijau bentuk bersegi-segi. Rupa-rupanya kacang botol. Terus teringat menu goreng belacan.

Sedap tau sayur ni sebab rangup je bila makan. Krup krap krup krap. Seriyes…tak percaya cuba kunyah.
.

Kacang Botol Goreng Belacan
.
Bahan bahan:
Kacang botol- potong serong
Sikit minyak masak
Garam & gula cukup rasa
1 sudu the sos tiram

 


Bahan kisar:
1-2 cili merah – nak pedas tambah cili api
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Segenggam udang kering (nak guna ikan bilis pun boleh)
Sedikit belacan

Cara cara:
1. Tumbuk atau kisar semua bahan-bahan kisar. Tak payah halus sangat.
.
2. Panas minyak, lepas tu tumis bahan kisar tadi sampai naik bau dan garing sket.
.
3. Masukkan sos tiram, gula, garam dan kacang botol. Kacau rata dan goreng sekejap je supaya kacang maintain rangup.
.
4. Padam api dan ready hidang dan makan.
.
Sekelip mata siap, sekelip mata licin! hehehe?
.
Ehh lupa nak tanya, awak masak apa arini???
.
#kakMmasak

(This post has been visited 1 times!)