Sempena Perintah Kawalan Pergerakan ni. Tak boleh kemana-mana, mulut asyik nak mengunyah je kan? Lagi-lagi kudap-kudap yang rangup. Makan sambil tengook tv memang terbaik. Jadi apa kata jom cuba buat karipap sardin roti ni pula, sedap dan garing!
Bahan-bahan:
- Roti
- Sardin tin
- Cili
- Bawang besar
Cara-cara:
- Asingkan sardin dengan kuah. Kemudian lenyek-lenyek sehingga hancur. Masukkan cili dan bawang besar. Panaskan minyak sedikit dan masak dalam 5-10 minit dalam kuali sambil lenyek-lenyekkan lagi.
- Ambil sekeping roti, penyek-penyekkan sikit dengan tapak tangan. Kemudian letakkan sardin tadi tu ikut atas masing-masing. Lipatkan jadi dua. Kemudian ambil cawan atau apa-apa yang sesuai, tekapkan seperti dalam gambar sehingga menjadi bentuk karipap.
- Sebelum digoreng.
- Selepas digoreng. Siap untuk dimakan!
Selamat mencuba!
Kredit: Fatini Afendi