‎Kek batik yang digemari ramai, kanak-kanak pun suka. Mudah dan senang menggunakan biskut marie resipi ini memberi penambahan rasa mewah rasa coklat ganache di atas kek menjadikan kek lebih cantik dan menyelerakan. Terasa coklatnya sesuai di buat pada hari raya.

Selamat mencuba!!!

Bahan-bahan untuk kek batik:

  • 540-600g biskut marie
  • 200g butter (unsalted/salted)
  • ½ cawan susu pekat
  • ½ cawan / 50g serbuk koko
  • 1 cawan / 120g serbuk milo
  • ½ cawan air panas
  • ½ sudu kecil garam (kalau guna unsalted butter)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila

Bahan-bahan untuk topping coklat ganache:

  • 200ml whipping cream
  • 200g dark chocolate
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila
  • 1 sudu besar butter

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk kek batik:

    1. Patah-patahkan biskut marie.
    2. Panaskan butter sehingga cair kemudian masukkan susu pekat, serbuk koko dan serbuk milo. Kacau sampai tak berketul.
    3. Masukka air panas, garam (kalau guna unsalted butter), telur dan esen vanila. Kacai sampai halus licin.
    4. Tuang biskut maire yg dipatahkan tadi sikit demi sedikit.
    5. Tuang ke dalam loyang yang dah dilapik kertas baking atau plastik. Ratakan dan tekan rapat. Sejukkan dalam peti ais sementara sediakan coklat ganache.
  2. Cara-cara untuk topping coklat ganache:

    1. Panaskan whipping cream dalam periuk, boleh guna api atau microwave.
    2. Setelah panas tuang whipping cream ke atas dark chocolate yang sudah dicincang kasar.
    3. Masukkan esen vanila dan butter. Kacau sampai sebatu, tidak berketul dan licin.
    4. Terus tuang atas permukaan kek batik tadi.
0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 42 times!)