Resepi Kek Coklat Moist Viral ‘Confirm’ Sedap, Gebu & Kurang Manis

Kek Coklat

Bila sebut je kek coklat, pasti terbayang rasanya yang manis dan cair di mulut. Ditambah pula dengan topping coklat yang menambahkan lagi kemanisan yang sedia ada. Bagi anda yang tidak menggemari rasa yang manis tapi ingin mencuba kek coklat moist,anda boleh mencuba resepi perkongsian dari saudari Ummydarwisya Mansor. Sangat mudah! Anak-anak pasti suka.

Kek Coklat Moist Terlajak Sedap

BAHAN A:

  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan susu pekat manis

(Satukan semua bahan A.Masak atas api kecil hingga larut)

BAHAN B:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder

(Satukan bahan B.Ayakkan)

BAHAN C:

  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla

(Masukkan ke dalam blender. Kisar sampai putih)

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan bahan A ke dalam bahan B.
  2. Kemudian masukkan bahan C. Guna pemukul(whisk) sahaja dan bancuh sehingga sebati dan tiada ketulan tepung.
  3. Panaskan pengukus,tuang adunan di dalam bekas kecil seperti dalam gambar dan kukus selama 15 minit. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.
BACA JUGA  Indonesian Cuisine: Resepi Kalio Ayam

RESEPI TOPPING COKLAT

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan minyak ( masak/jagung/sayur)
  • 1 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan susu cair

CARA PENYEDIAAN:

  1. Satukan semua bahan dan masak dengan menggunakan teknik double-boiler. Masak hingga larut dan tidak berketul.
  2. Angkat dan biarkan suam sedikit sebelum dituang ke atas kek.
  3. Tabur coklat rice untuk hiasan.
  4. Sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba!

 

3.1/5 (7 Reviews)