Kami pasti pembaca di sini ramai yang meminat kek lobak merah dan ingin tahu resepi kek lobak merah yang lembut dan lazat. Biasanya kelazatan kek lobak merah dipengaruhi oleh keharuman kulit kayu manis dan parutan lobak merah yang bergabung didalam adunan kek.

Kek lobak merah termasuk dalam jenis kek buah yang sangat lembut kerana ada sebahagian orang meletak kismis dan walnut ke dalam kek.

Bahan-bahan Kek Lobak Merah:

  • 1 1/2 Cawan Tepung Gandum
  • 1 sk Serbuk Penaik
  • 1 sk Soda Bikarbonat
  • 1 sk Serbuk Kayu Manis
  • 1 sk Garam
  • 2 Biji Telur
  • 1 1/4 Gula
  • 1 Cawan Lobak Merah (parut)
  • 1/2 Cawan Nenas (Cincang)
  • 1/2 Cawan Minyak Jagung@Minyak Masak
  • 1 Cawan Walnut

Bahan-bahan Topping:

  • 250 gm Krim Keju
  • 5-6 Sb Susu Pekat

Cara-cara penyediaan kek:

  1. Ayakkan tepung gandum bersama serbuk penaik, soda bikarbonat, serbuk kayu manis dan garam. Ketepikan.
  2. Di dalam bekas lain, kacau telur sehingga hancur (tak perlu kembang). Kemudian masukkan gula, lobak merah, nenas dan juga minyak. Kacau rata.
  3. Masukkan bahan yang di ayak tadi. Gaul lagi sehingga sebati.
  4. Tambahkan kacang walnut dan gaul rata.
  5. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 50-60 minit pada suhu 175°c mengikut oven masing-masing.

Cara-cara penyediaan topping:

  1. Pukul krim keju bersama susu pekat sehingga sebati dan sedikit kembang.
  2. Sapukan pada keseluruhan kek yang telah sejuk.
0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 6 times!)