Kenapa Malaysia Memutuskan 14 Hari Pkp Selain Incubation Period?

Incubation period maksudnya tempoh pengeraman. Virus Covid-19 akan menjadi matang dalam tempoh 14 hari. Contoh hari pertama ke hari ke 14, jika kita berjaya mengharungi sampai ke hari 14 dan kita tidak ada mengalami apa-apa symptom Covid-19 seperti batuk, demam, masalah pernafasan dan sebagainya selepas kuarantin 14 hari maksudnya kita bebas dari jangkitan Covid-19.

Tetapi jika dalam tempoh 14 hari contohnya hari ke 5 kita menunjukkan symptom. Maka kita berkemungkinan di jangkiti virus Covid-19 dan pada masa ini kita wajib pergi ke pusat saringan untuk tengok sama ada kita negatif atau positif Covid-19. Di ingatkan tak semestinya hari ke 5, boleh jadi hari ke 3 ke 13 sekali pun. Jadi dalam tempoh itu lah untuk kita pantau keadaan kita sama ada mempunyai gejala-gejala Covid-19 tersebut.

Selain Incubation Period, Kenapa Kerajaan Malaysia Memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan .

Kita ada beberapa tarikh penting Covid-19:

  • 27/2 = tarikh ijtimak tabligh
  • 17/3 = tarikh orang ramai pergi balik kampung semasa PM umumkan PKP yang Pertama
  • 31/3 = tarikh PKP sepatutnya tamat
  • 14/4 = tarikh PKP yang Kedua ditamatkan

Kronologi :

Bila gelombang ke 2 berlaku asbab oleh ijtimak tabligh. Jadi 14 hari dari tarikh ini sehingga 12/3 ini lah tempoh matang bagi mereka yang mempunyai kesan di sini.

Untuk orang yang tidak terjangkiti mereka tidak akan merasa apa-apa jenis symptom Covid-19. Biasanya dari sini mungkin akan terlajak 2 atau 3 hari akan mula merasai simptom, mula akan di hospitalize kan atau mungkin akan jadi kritikal antara 17 – 20 Mac.

Kerana itulah kerajaan cuba jadikan sehingga 31/3 sebagai tempoh untuk PKP pertama supaya kita dapat putuskan jangkitan rangkaian tabligh di situ.

Tapi Malangnya Virus Naik Mencanak Pada 17/3

Pada 17/3 sewaktu virus naik mencanak, orang ramai mula balik kampung dan sebagainya menyebabkan orang berpusu-pusu berkerumun dan sebagainya yang KITA TAK SEPATUTNYA BUAT sebab PKP bukan untuk holiday.

Jadi 17- 31 haribulan bersamaan 14 hari, apa-apa gejala dan sebagainya dalam tempoh ini membuktikan anda telah pun terjangkiti.

Sekali lagi malangnya! Pada 24/3 orang ramai dikhabarkan pulak berpusu-pusu nak balik ke KL. Ini menyebabkan tarikh 31/3 sudah tidak boleh dijadikan tarikh akhir PKP. Maka terpaksa di lanjutkan pada 7/4 untuk tarikh mereka mengalami apa-apa symptom Covid-19. Jadi 7/4 kerajaan bagi lebih kurang dua minggu untuk memastikan rantaian jangkitan di sini putus sama sekali.

Ayuh Kita Berganding Bahu Putuskan Rantaian Ini Di Sini

Jadi untuk mengelakkan kita lanjutkan ini pergi ke 28/4 (nauzubillah, tolong la jangan lanjutkan lagi) kita kena putuskan di sini. Bermula dari sekarang orang-orang yang balik kampung pada 24/3 nih duduk dalam rumah diam-diam, jangan pergi mana-mana, pastikan tiada contact dengan orang luar. Anda terjangkit anda akan menyebarkan kepada orang lain. Andalah penyebab penularan wabak ni. Andalah yang bertanggungjawab untuk semua ni.

Itu sebab penting kenapa PKP mesti di patuhi kerana kita nak cut off semua jangkitan Covid-19. Kalau dulu kita masih boleh kawal jangkitan sebab datang dari jemaah tabligh tapi bila dah semua balik kampung kita dah tak tahu dari mana datangnya virus tu (susah utk control)

So please semua rakyat Malaysia tolong la patuhi saranan kerajaan In Shaa Allah 14/4 kita boleh bebas seperti sedia kala. Boleh puasa seperti dulu, terawih, ada bazar boleh beraya dan kita bebas daripada kuarantin beramai-ramai ni.

PASTIKAN PKP DUDUK DIAM-DIAM.

Sumber : Azrin Microbiologist

 

(This post has been visited 853 times!)