Saya menyediakan resepi Ketam Lemak Cili Api Dahlia’s Kitchen dan cara-cara penyediaan buat anda yang masih tercari-cari menu untuk dijadikan juadah hari ini. Pastinya lebih JIMAT, MUDAH dan SEDAP untuk santapan anda sekeluarga.

Ketam Lemak Cili Api Dahlia's Kitchen

Resipi Ketam Lemak Cili Api Dahlia’s Kitchen

BAHAN BAHAN BLEND (KISAR)…

  • Bawang Besar 2
  • Biji Bawang Puteh 2 Ulas
  • Belacan (sebesar ibu jari)
  • Kunyit Hidup
  • Sedikit Cili Hidup atau Cili Padi (mengikut selera masing masing)

 

BAHAN TAMBAHAN…

  • Serai Sebatang
  • Daun Kunyit sehelai
  • Santan Kotak Kecil
  • Garam secukup rasa
  • 3 Cawan Air
  • Ketam
  • Minyak Masak

CARA CARA MEMASAK…

  1. Tumis bahan-bahan yang di kisar sehingga naik minyak.
  2. Kemudian masukkan serai, daun kunyit, santan, garam dan 3 cawan air.
  3. Bila setengah mendidih, masukkan ketam dan kacau sehingga ketam bertukar warna dan masak.
  4. Siap untuk dihidangkan.

 

Selamat mencuba. Belum cuba belum tahu.

Kredit: Dahlia’s Kitchen

5/5 (1 Review)
(This post has been visited 7 times!)