Kit Ujian Rapid COVID-19 Akan Disediakan Untuk Semua Rakyat Malaysia Untuk Ujian DIY Di Rumah

Hai semua. Kami harap anda semua selamat di rumah dengan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan selama dua minggu ini. Yang secara rasminya akan bermula esok, 18 hingga 31 Mac. Sekiranya anda atau mana-mana ahli keluarga anda mengalami sebarang gejala COVID-19. Sila pergi ke hospital yang berdekatan dengan anda untuk melakukan pemeriksaan COVID-19. Walau bagaimanapun, jika anda berada jauh dari kemudahan pemeriksaan, anda boleh memeriksanya sendiri dirumah.

MyEG baru-baru ini membuat pengumumam melalui laman web mereka bahawa orang ramai kini boleh memulakan pra-ujian COVID-19 Kit Ujian Rapid untuk memberikan kemudahan kepada anda dengan hanya membuat pemeriksaan di rumah. Ianya mungkin lebih selesa. Kit ujian digunakan untuk mengesan antibodi COVID-19, yang wujud di dalam badan dalam masa 3 hingga 7 hari selepas dijangkiti. Ini dengan mudah dapat memberi petunjuk sekiranya dijangkiti pada peringkat awal. Yang lebih hebat lagi, anda boleh mendapatkan keputusan hanya dalam masa 15 hingga 30 minit!

Apa yang anda perlu lakukan adalah anda perlu mengisi borang di laman web rasmi MyEG dan hanya nyatakan bilangan pek ujian yang anda perlukan. Kit ujian ini dijual pada harga RM99 setiap kit atau RM990 untuk satu pek 10 kit. Kit-kit ini sesuai untuk pemeriksaan individu yang disyaki, terutamanya untuk kumpulan yang berisiko tinggi.

Selain itu, kit ujian ini sangat mudah digunakan. Terdapat panduan video yang akanĀ  mengajar anda bagaimana menggunakan alat ujian dengan betul untuk menghasilkan hasil yang sebenar. Walau bagaimanapun, jika anda tertanya-tanya bagaimana caranya, sebenarnya anda boleh menguji dengan meletakkan sampel darah pada kad ujian yang disediakan, dengan cucuk sedikit di jari anda.

Setelah meletakkan sampel darah dan sampel cecair ke dalam kad ujian, sila tunggu selama 10 hingga 20 minit untuk melihat hasilnya. Cukup merujuk kepada manual yang disediakan oleh MyEG untuk penjelasan lanjut dan mendapatkan hasil yang sewajarnya.

Langkah Yang Cepat Bagi Mengesyaki COVID-19

Sekiranya anda berada dalam risiko yang tinggi dan mungkin terdedah kepada coronavirus, ini pasti berguna. Ini adalah alternatif yang mudah dan cepat untuk menguji kemungkinan wujudnya COVID-19 yang. Bagaimanapun, jika anda atau sesiapa di sekeliling anda mengalami gejala yang lebih serius, yang terbaik adalah pergilah ke mana-mana hospital dan lakukan ujian skrining! Sila berhati-hati semua.

 

(This post has been visited 46 times!)