Sejak wabak Covid-19 telah menular di Malaysia. Kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk memutuskan rantaian jangkitan yang dibawa oleh virus ini.
Para petani juga terkesan kerana Covid-19
Susulan daripada pelaksaan PKP ini, pelbagai sektor kini terkesan akibat tidak dapat beroperasi. Tidak terkecuali, para petani juga turun terkesan kerana mereka hanya bergantung kepada pendapatan harian. Hasil pertanian sayur-sayuran tidak dapat dipasarkan kerana berlakunya lambakan di pasaran. Oleh sebab itu, ramai petani terpaksa menanggung kerugian kerana hasil tani mereka kurang mendapat perhatian.
Sedekahkan hasil tanaman
Akibat daripada itu, para petani telah mengambil inisiatif untuk sedekahkan hasil tanaman mereka kepada penduduk setempat supaya ia tidak dibazirkan dan terbuang begitu sahaja.
Seorang pengguna Facebook, Mikhail J. Savior berkongsikan gambar-gambar hasil pertanian yang disangkutkan di pagar rumah untuk disedekahkan kepada penduduk setempat.
Menurut Jabatan Penerangan Negeri Sabah, sikap prihatin penduduk itu berlaku di Kampung Pogunon, Penampang.
‘Iklan Sayur Percuma Dapat Perhatian Netizen’
Sesungguhnya, sikap prihatin penduduk di Kampung Pogunon, Penampang yang berkongsi sayur-sayuran secara percuma mendapat perhatian dan pujian dari para netizen.
Kredit gambar : Mikhail J. Savior#JaPenSabah#Prihatin#KitaJagaKita pic.twitter.com/XAiHrd4NTY
— Jabatan Penerangan Negeri Sabah (@JapenSabah) April 3, 2020
“Cili percuma. Sila ambil satu plastik saja untuk satu rumah.”
Mereka juga menggangtungkan nota pesanan kepada orang yang ingin mengambilnya.
Pelbagai sayuran dan buahan juga disedekahkan
Selain daripada cili, pelbagai sayuran dan buah-buahan turut disedekahkan.