Kuey Teow Goreng, pasti ramai yang mengemarinya. Ada yang suka Kuey Teow Goreng dan ada juga yang suka Char Kuey Teow . Char kuey Teow sedikit basah atau sedikit berkuah.

Kuey teow goreng yang popular adalah kuey teow kerang, ianya adalah faberet kami sekeluarga. Tapi kali ni ita buat kuey teow goreng seafood, ita tak letak kerang letak udang dan sotong je.. tak kisahlah nak letak apa-apa pun boleh ikut citarasa masing-masing.

Bahan-bahan untuk kisar halus:

  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah kecil
  • 1/2 mangkuk kecil ikan bilis

Bahan-bahan untuk kuey teow goreng:

  • Sedikit minyak masak
  • Bahan-bahan kisar halus
  • 1-2 sudu besar cili kisar
  • 2 keping fish cake
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap pekat/caramel
  • Udang
  • Sedikit air
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1 pek kuey teow
  • 1 biji telur
  • Sedikit sos ikan
  • Taugeh
  • Daun kucai

Cara-cara penyediaan:

  1. Kisar halus bawang putih, bawang merah dan ikan bilis.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar halus dan cili kisar sehingga naik bau, kemudian masukkan udang dan fish cake.
  3. Masukkan kicap dan sos tiram serta sos ikan. Biarkan sehingga kering sedikit dan kemudian masukkan telur, kacau hancur.
  4. Masukkan kuey teow dan kacau sehingga sekata.
  5. Masukkan sayur taugeh dan kuchai. Garam dan gula secukup rasa.
  6. Goreng selama 5-8 minit. Siap dihidang.

Selamat mencuba…

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 18 times!)