Kuih kacau mungkin sudah dilupakan oleh sesetengah masyarakat kita hari ini. Tetapi kuih ini menjadi kesukaan orang pada suatu ketika dulu tapi kebanyakannya hanya membuat kuih kacau keledek. Hari ini saya akan berkongsi resepi yang agak berlainan iaitu Kuih Kacau Perisa Nangka Dahlia’s Kitchen.

Kuih Kacau Perisa Nangka Dahlia's Kitchen

Resipi Kuih Kacau Perisa Nangka Dahlia’s Kitchen

Bahan-Bahan A

  • 21/2 Cawan Gula
  • 1 Paket Tepung Hong Kue (120g)
  • 2 Cawan Tepung Jagung
  • 1 Kotak Besar Santan( ditambahkan air dan buat 16 cawan)
  • Garam Secukup Rasa
  • Ulasan Nangka (dipotong-potong kecil)
  • Sedikit Pewarna

***UNTUK PERISA CENDOL***

  • Semua bahan-bahan sama cuma gula dikurangkan setengah cawan, dan tukarkan dengan 2 buku gula melaka. Masukan cendolnya sekali bila mengacau.

***UNTUK PERISA KACANG MERAH***

  • Semua bahan-bahan sama cuma santan dikurangkan 1 cawan, kacang merahnya direbus dan perlu dikisar dengan secawan santan.

Cara-cara Memasak:

  1. Masukkan semua bahan A kedalam periuk dan gaulkan hingga sebati.
  2. Kemudian panaskan diatas api dan masak sehingga mendidih dan pekat.
  3. Kemudian masukkan kedalam bekas yang mengikut citarasa anda bentuk macam mana.
  4. Sejukkan, kemudian potong dan siap untuk dihidangkan.

 

Selamat Mencuba. Belum cuba belum tahu.

Cara cara memasakmyang lebih lanjut, sila rujuk pada Tutorial Video.

Kredit: Dahlia’s Kitchen

 

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 5 times!)