Kuih nona manis yang lembut, harum dan menarik rupa bentuknya pasti menarik minat orang ramai. Bahagian luar yang hijau rasanya manis dan dilengkapi bahagian dalam berwarna putih lemak masin rasanya. Kuih ini pernah viral satu ketika dahulu. Memang sedap rasanya, kalau makan sebiji pasti tidak cukup. Kuih nona manis ini mempunyai 3 bahagian. Bahagian A dan B untuk bahagian luar dan bahagian C untuk bahagian dalam.

Bahan-bahannya

 Bahagian A (kisar halus) :

  • 1 cawan santan
  • 1 biji telur
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • Semua bahan B (yang dah dimasak)

Bahagian B (masak)

  • 1/2 cawan santan
  • 1/2 cawan air pati pandan (dari 5 helai daun pandan)
  • 2 1/2 besar tepung jagung
  • Sedikit pewarna hijau
  • 1/2 sudu kecil garam

Bahagian C (masak)

  • 1 1/2 cawan santan
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 1 1/2 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 sudu keil garam

 Cara Memasak :

Bahagian B

  1. Panaskan periuk.
  2. Masukkan santan, air pandan, tepung jagung.
  3. Kacau dengan kerap.
  4. Tambahkan sedikit pewarna dan garam secukup rasa.
  5. Kacau sehingga pekat dan sejukkan.

Bahagian C

  1. Masukkan santan.
  2. Tambahkan gula, garam dan tepung gandum.
  3. Kacau sehingga mendidih.
  4. Bila sudah siap masukkan ke dalam botol sos plastik (senang nak letak kat tengah)

Bahagian A

  1. Masukkan santan ke dalam pengisar.
  2. Masukkan telur, tepung gandum dan gula.
  3. Ambil bahan bahagian B (yang disejukkan tadi)
  4. Kisar sehingga halus dan sebati.

Setelah selesai semuanya

  1. Susun acuan lompang.
  2. Sapu sedikit minyak masak.
  3. Tuangkan 3/4 penuh bahan aduan ke dalam bahan.
  4. Picit botol sos tadi di bahagian tengah-tengah aduan.
  5. Kukuskan selama 8-10 minit.
  6. Sejukkan dan keluarkan dari acuan.

SELAMAT MENCUBA!

 

 

 

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 146 times!)