Nasi Lemak Cafe Ujong Pasir merupakan sebuah kafe yang menyediakan hidangan sarapan pagi popular di kawasan Ujong Pasir, Melaka. Kafe ini terkenal dengan pelbagai hidangan menarik seperti nasi lemak berlauk, lontong, soto, mee sup dan tidak ketinggalan juga laksa nyonya.

Salah satu hidangan special yang dihidangkan di sini ialah Laksa Nyonya. Laksa nyonya merupakan makanan berkuah seperti mee yang popular di Malaysia dan Singapura. Laksa nyonya dikatakan berasal dari orang Cina (peranakan) yang telah berhijrah ke Tanah Melayu.Perkataan laksa juga mungkin berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu laksha yang bererti banyak, merujuk kepada banyaknya kandungan dan rempah digunakan seperti rempah ratus.

Laksa nyonya ini terkenal dengan rasanya yang lemak masam. Campuran mee kuning atau bihun dan sedikit sayuran seperti sawi, kacang panjang, taugeh dan sedikit taufu kering. Kuah yang disediakan juga sangat pekat serta mempunyai aroma kuah yang harum.

Selain itu, laksa nyonya juga enak dimakan bersama sambal tumis seperti sambal kerang atau sotong untuk dijadikan sebagai penambah rasa pedas laksa itu.

Tonton video di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang tempat ini:

Kredit: Hypp Inspirasi

(This post has been visited 8 times!)