Biasanya apabila kita bercakap tentang bersara, seseorang hanya akan memikirkan keseronokan diri. Menghabiskan momen terakhir dengan keluarga dan mungkin juga melakukan hobi baru. Manfaatkan masa yang ada setelah mereka bersara. Tetapi tidak bagi jururawat dan MA ini, mereka membuat keputusan untuk berjuang lagi. Berjuang untuk negara.

Mempunyai Pengalaman Dan Kemahiran Selama Berpuluh-puluh Tahun

Selepas dua hari Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan bahawa mereka memerlukan lebih banyak tenaga kerja, lebih 3000  jururawat yang telah bersara maju dan mendaftarkan diri mereka. Mereka ini datang dari pelbagai latar belakang dan kepakaran. Justeru Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberi jaminan bahawa kementerian akan cuba menggunakan peluang ini dengan baik.

Pada awalnya, kementerian hanya menargetkan 2000 orang bagi golongan kesihatan yang mahir ini. Rancangan itu adalah untuk menggunakan kembali khidmat jururawat dan doktor yang bersara ini untuk menyokong dan membantu frontliners di saat wabak covid-19 ini. Bagaimanapun, ianya diluar jangkaan. Jururawat yang masih dalam latiihan juga dipindahkan ke hospital dan klinik untuk menggunakan khidmat mereka.

Pesara Bersedia Untuk Sama-sama Berjuang

Seorang jururawat bersara yang berusia 68 tahun, Biby Maideen, dalam satu temu bual berkata, “Kematian akan berlaku kepada sesiapa apabila tiba masanya.” Oleh itu, dengan menggunakan kemahiran yang beliau ada dan kekuatan yang tersisa, ini adalah cara beliau menyumbang kepada negara. Kata-kata bijak ini pasti akan menggetarkan hati kita. Pasti ada sinar baharu yang lebih cerah apabila hari semakin gelap disebabkan kejadian ini. Semoga Malaysia selamat.

Sumber rujukan : KL Foodie

 

 

(This post has been visited 197 times!)