Hidangan Lemon Chicken yang cukup popular di restoran ini sebenarnya begitu mudah untuk dibuat sendiri di rumah. Rasanya yang enak pasti akan membuatkan anda terangkat!!!

Bahan-bahan (perapan ayam)

  • Paha ayam (dipotong)
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar kicap masin
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • Tepung jagung
  • Beg Zip-loc

Bahan-bahan (sos)

  • 1 cawan stok ayam
  • 4 sudu besar madu
  • 2 sudu besar gula
  • 4 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu kecil kicap masin
  • 1/4 sudu kecil garam
  • Hirisan lemon

Bahan-bahan (topping)

  • Bijan
  • Daun bawang

Cara-cara

  1. Perap ayam dengan telur, kicap masin dan lada sulah selama 30 minit.
  2. Masukkan ayam ke dalam beg zip-loc  dan masukkan tepung jagung.
  3. Goncang hingga ayam disalut tepung.
  4. Goreng hingga keemasan.
  5. Untuk sos, didihkan stok ayam dan masukkan madu, gula, jus lemon, kicap masin, garam dan hirisan lemon.
  6. Biar didih hingga pekat.
  7. Hidangkan ayam dengan sos lemon, daun bawang dan bijan.
Selamat Mencuba ….
0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 6 times!)